Sauna


                  #####################################################################

1. EZY FIR SAUNA





Ezy FIR Sauna menggunakan teknologi Far Infra Red. Ia memancarkan haba melalui 3 panel pemanas di dalamnya. Dengan menggunakan sauna mudah alih, anda boleh menikmati manfaat kesihatan bersauna dengan lebih privacy malah lebih menjimatkan wang anda untuk jangka masa panjang.
Manfaat kesihatan yang boleh diperolehi daripada bersauna akan lebih diperkuatkan lagi apabila menggunakan sauna dengan teknologi infrared ini. Cahaya inframerah tidak dapat dilihat sama seperti cahaya matahari. Sauna ini lebih berkesan dan tidak akan mencapai tahap suhu yang merbahaya kepada pengguna.
Keistimewaan Far Infra Red sauna ini ialah pemanasan haba difokuskan kepada badan pengguna dan bukan udara sekeliling badan. Dengan ini peluh yg terhasil adalah lebih banyak walaupun pada suhu yang lebih rendah. Jadi pengguna dapat menikmati kehangatan sauna dengan lebih relaks.
Berbanding sauna jenis wap, udara sekeliling akan dipanaskan terlebih dahulu untuk menyampaikan haba kepada tubuh pengguna dan menyebabkan pengguna tidak dapat bertahan lama semasa bersauna.
Ezy Far Infrared Sauna mudah dipasang di mana-mana ruang dirumah anda dan amat mudah juga untuk disimpan tanpa mengambil ruang yang besar.
    • KEISTIMEWAAN FAR INFRARED SAUNA
Far Infrared Sauna boleh memberikan banyak faedah kesihatan untuk anda. Terapi sauna ini amat berguna untuk proses detoks dan memperkuatkan imuniti badan kita.
Toksin di dalam badan menggalakkan penyimpanan lemak yang tidak perlu di dalam badan dan boleh menyebabkan pertambahan berat.
Peningkatan suhu badan dapat menghasilkan lebih banyak sel darah putih di dalam badan manusia di mana sel-sel darah putih ini amat berguna untuk menghalang jangkitan dan virus.
FIR Sauna dapat meningkatkan suhu badan serta membesarkan salur darah dan memastikan pengaliran darah yang lancar. Pengaliran darah yang lancar ini dapat membantu mengurangkan rasa sakit-sakit badan.
Selain itu, FIR sauna juga dapat membebaskan hormon yang dapat membantu mengatasi stress dan membantu anda untuk merasa lebih relaks.
FIR Sauna mudah alih adalah pilihan terbaik anda untuk hidup lebih sihat tanpa stress dengan kos yang berbaloi dan efektif.
                            ##############################################
2. DIVA RELAX STEAM SAUNA

Diva relax steam sauna menggunakan kaedah sauna tradisional iaitu pemanasan melalui wap yang dihasilkan dari periuk sauna. Ianya amat mudah dipasang dan mudah juga disimpan tanpa menggunakan ruang yang besar.
Herba sauna atau pati serai wangi boleh digunakan untuk menambahkan lagi khasiat sauna dengan memasukkan herba atau pati tersebut ke dalam periuk sauna.
Dengan Diva Relax Steam Sauna anda dapat menikmati keenakan aromaterapi secara santai hanya dari rumah.
KHASIAT DAN KELEBIHAN MANDI WAP

Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.
Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.
Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury
Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dan lain-lain.
Meningkatkan sistem kardiovascular.
Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
Melancarkan peredaran darah
Meningkatkan sistem immunisasi badan
Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki
Meningkatkan tahap metabolisma

Sauna menurunkan berat badan
Semasa proses sauna, lemak berlebihan akan diuraikan dan dibawa keluar dari badan bersama toksin yang merbahaya melalui peluh. Rekod menunjukkan bahawa mereka yang bersauna setiap hari mampu menurunkan berat sebanyak 2kg hingga 4kg dalam masa seminggu.
Bersauna selama 30 minit mampu membakar kalori sehingga 900kalori.
Bandingkan dengan anggaran kalori yang terbakar bagi individu yang mempunyai berat 70kg untuk setiap aktiviti yang dilakukan selama 30 minit.
AktivitiCALORIES BURN-UP
Rowing600
Berenang300
Jogging300
Tennis (fast game)265
Cycling (10mph)225
Golf150
Berjalan (3.5mph)150
Bowling120
Lari Marathon593
Sauna Mengeluarkan Toksin Dari Tubuh
Peluh yang keluar masa didalam sauna bukannya sia-sia. Seperti yang diketahui pori-pori yang membesar dan mengeluarkan peluh itulah yang akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu turut keluar bersama peluh ialah toksin yang ada dalam tubuh. Kesannya kulit akan menjadi cerah dan bersih.
Sauna Menyembuhkan masalah kulit
Panas ruang sauna yang biasa antara 60 darjah celsius hingga 105 darjah celsius akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu masalah kulit seperti jerawat juga akan dirawat. Sebabnya wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekali gus mempercepatkan proses penyembuhannya.
Sauna Meningkatkan Metabolisme
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50 hingga 75 peratus dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna membantu meningkat hingga 20 peratus. Keadaaan ini menyebabkan tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam emudian.Apabila pembakaran kalori berlaku lebih banyak, maka penurunan berat badan juga berlaku dengan pantas dengan bersauna.
Sauna Membunuh Bakteria Dan Virus
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya melepaskan toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses memperbaiki sel-sel otot. Selain itu proses pemanasan suhu tubuh ini juga bermanafaat untuk membunuh sel-sel bakteria serta virus dalam tubuh dan meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekali gus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Sauna Mengurangkan Stres
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stres. Biasanya setelah selesai melakukan sauna, fikiran akan merasa tenang. Stres dan juga kerisauan juga boleh dikurangkan dengan sauna hingga membuat fikiran lebih damai.



                      ######################################################
3. Sauna Pants

Bagi mereka yang ingin menumpukan pengecilan dibahagian perut, punggung dan peha sahaja, sauna pants adalah pilihan yang tepat.
Sauna Pants membantu anda menyingkirkan lemak melalui perpeluhan, menurunkan berat badan, menghilangkan selulit, dan melegakan sakit-sakit otot. Selain itu ia juga dapat membantu untuk menyingkirkan toksin dari badan.